Keindahan pakaian kaum etnik dari Sarawak terselah dengan ragamhias yang mempamerkan kemahiran tangan yang menghasilkannya . Ragamhias pasa pakaian membentuk motif-motif etnik samada dari tenunan , jalian manik dan labuci . Perhiasan diri dari Perak dan manik yang sarat melambangkan status dan kekayaan bagi pemakainya .
Baju Melayu Cekak Musang merupakan pakaian tradisional bagi lelaki Melayu . Baju ini dipadankan dengan samping songket tenunan Sarawak . Wanita Melayu pula memakai Baju Kurung dan kain sarung songket serta tudung kerengkam . Lelaki Melanau pula memakai baju satin hitam yang digandingkan dengan samping broked dan hiasan kepala kopiah Jawa . Wanitanya memakai Baju Baban lengan lebar berwarna hitam dan kain songket Sarawak serta hiasan diri dari emas dan perak juga .
Thursday, July 29, 2010
Busana Kaum India (:
KAUM INDIA PEREMPUAN :
Orang india memakai 'sari' . Ia merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali seluruh dunia ini .Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut, serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi, yang juga popular di kalangan wanita di utara India, terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
KAUM INDIA LELAKI :
Kurta pula adalah pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi. Ia merupakan kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.

Busana Kaum Cina :D
Orang-orang Cina memakai baju yang dipanggil 'cheongsam' pada Hari Cina . Cheongsam mempunyai leher yang tinggi , butang di bahagian bahu bentuk yang sendat di pinggang dan mempunyai belah di kiri dan kanan . Cheongsam juga selalunya diperbuat daripada kain sutera , satin dan jenis-jenis lain yang lembut .
Busana Kaum Melayu (:
BAJU KURUNG PEREMPUAN :
Baju kurung adalah sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Lazimnya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung .
BAJU KURUNG LELAKI :
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki pula dinamakan baju Melayu. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Jenis-Jenis Busana (:
Busana mempunyai pelbagai jenis seperti Busana Muslimah , Busana Pengantin , Busana Malaysia , Busana Indonesia dan sebagainya . Ia terdapat pelbagai Busana kerana orang ramai boleh mengenali dengan mudah darimana Busana tersebut .
Wednesday, July 28, 2010
Lawa && Menarik (:
Subscribe to:
Posts (Atom)